Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini menghadiri Perjumpaan dan Makan Malam bersama Majlis Perabot Malaysia (MFC).
Hadir sama, YB Dato' Sri Dr Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YBhg. Encik Ravi Muthayah, KSU KPPK, Encik Mad Zaidi Mohd Karli, TKSU (K) KPPK, Mr. Khoo Yeow Chong, Presiden MFC, Mr. Eng Chong Yeu, Naib Presiden MFC serta anggota MFC termasuk Pengusaha Utama Industri Perabot yang terdiri daripada Jaycorp, LY Furniture, Homeritz, Muar Industries, Digital Furniture dan Spring Art.