Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini menyampaikan ucapan perasmian sempena Seminar Aplikasi Buluh Dalam Industri Pembinaan di Hotel Paya Bunga, Kuala Terengganu, Terengganu.
Beliau kemudiannya melancarkan buku bertajuk "Kaedah Rawatan dan Teknik Pengawetan Buluh" serta penyerahan surat kebenaran cadangan membina Surau Ikonik Buluh oleh Kerajaan Negeri Terengganu kepada MTIB dan seterusnya menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia, Bamboo Jungle Adventures & Golden Pharos Berhad.
Hadir sama YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu dan YBrs. Tuan Mohd Kheiruddin Mohd Rani, Ketua Pengarah MTIB.