Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri (Dr) Haji Mohd Ali Mohd Rustam bertempat di Pejabat T.Y.T Yang di-Pertua Negeri Melaka, Jalan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Hadir sama YBhg. Encik Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta YBrs. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha Komoditi, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.