JATA LATES

SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN TERUS TINGKAT KEUPAYAAN PEKEBUN KECIL KOKO
DENGAN LATIHAN SUPER KOKO


1. Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Willie Anak Mongin pada hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Kursus Pelatih Super Koko Tahun 2022 Sarawak di Hotel Harbour View, Kuching, Sarawak. Kursus Pelatih Super Koko (PSK) Sarawak Tahun 2022 merupakan kursus anjuran bersama antara Lembaga Koko Malaysia (LKM) dengan kerjasama Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) yang diadakan selama empat hari bermula 19 hingga 22 September 2022.


2. Kursus PSK ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan menerusi Dasar Agrikomoditi Negara 2021-2030 (DAKN2030) yang telah dilancarkan pada tahun 2021 dan Pelan Strategik Lembaga Koko Malaysia Tahun 2021-2025, iaitu memperluaskan program pengembangan untuk melatih dan membina keupayaan pekebun kecil koko, memperkukuhkan amalan pengurusan ladang dengan meningkatkan kemahiran dan pentauliahan tenaga kerja di kalangan pekerja ladang, penyelia eksekutif dan lain-lain.


3. Selain itu, Kursus PSK ini merupakan salah satu usaha kolaborasi jangka masa panjang dan strategik dengan pekebun koko dalam usaha LKM untuk menyalurkan maklumatmaklumat terkini berkaitan industri koko secara berterusan. Ini bagi memastikan pekebun koko dapat menjana pendapatan yang baik, terus kekal relevan dalam industri dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan pendapatan koko negara. Kursus ini juga adalah untuk memastikan kesinambungan kemahiran pekebun koko yang boleh diteruskan oleh pekebun koko generasi muda.


4. Menerusi Kursus PSK, LKM mendorong peningkatan kemahiran para pekebun koko terpilih dalam beberapa bidang iaitu pengurusan kebun, pembajaan yang berkesan, pengurusan perosak bersepadu dan jangkitan ulat perosak koko, pengendalian racun perosak serta penggunaan aplikasi digital dalam tanaman koko.


5. Penggunaan aplikasi digital juga didedahkan kepada peserta dalam Kursus PSK ini. Aplikasi seperti ‘Action Threshold - Integrated Pest Management (AT-IPM CACAO) dan Aplikasi ‘Decision Making Cocoa (DMCOCOA) berperanan dalam membantu pengusaha tanaman koko untuk mengurangkan penggunaan racun serangga, seterusnya dapat mengurangkan kos perbelanjaan dan meningkatkan keuntungan.


6. Kursus dan kemudahan ini adalah antara usaha berterusan Kementerian bersamasama agensi di bawahnya, LKM dan IMPAC untuk meningkatkan keupayaan dan kemahiran pekebun kecil koko bagi menjamin kemampanan sumber pendapatan dalam jangka masa panjang.


KEMENTERIAN PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
22 SEPTEMBER 2022