KENYATAAN MEDIA
MENTERI KPPK SAKSI PENYERAHAN BANTUAN TUALA WANITA DAN
TEPUNG GANDUM BAGI GOLONGAN B40 SEKTOR AGRIKOMODITI
___________________________________________________________________
1. Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) hari ini menerima sumbangan tuala wanita bernilai sebanyak RM144,100.00 daripada Best Eternity Recycle Technology bagi Program Period Poverty yang diterajui oleh Girl2Leader. Selain itu, KPPK turut menerima sumbangan satu (1) tan tepung daripada Lotus FKM Berhad untuk program di bawah kelolaan Yayasan Komuniti Negara.
2. Sumbangan yang diserahkan oleh wakil syarikat Best Eternity Recycle Technology, Encik Ng Kim Fan Rex dan Lotus FKM, Cik Lee Wai Fun kepada Girl2Leader dan Yayasan Komuniti Negara telah disaksikan oleh Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Penaung Yayasan Komuniti Negara.
3. YB Menteri turut merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan oleh pihak industri kerana ini dapat membantu meringankan beban yang dihadapi oleh para penerimanya, terutamanya golongan wanita B40 yang sering YB Menteri temui semasa Program Jelajah Agrikomoditi bersama-sama pekebun kecil.
4. Kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila perempuan atau keluarga mereka tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan kekangan kewangan dan ini bukanlah satu masalah baru yang dihadapi oleh sebilangan wanita di negara ini. Menyedari akan permasalahan itu, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin bersama Persatuan Girl2Leader mengambil inisiatif memulakan
Program Period Poverty.
5. Sumbangan satu (1) tan tepung gandum akan diagihkan kepada lebih 500 keluarga yang memerlukan bagi meringankan beban terutamanya ketika di bulan Ramadan.
6. Kementerian akan terus mendekati masyarakat pelbagai lapisan, khususnya golongan pekebun kecil dan memberi bantuan sewajarnya bagi memastikan kebajikan mereka terjaga.
YB DATUK HAJAH ZURAIDA KAMARUDDIN
MENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI
14 APRIL 2022