KENYATAAN MEDIA : 04 OKTOBER 2019

sawit
KENYATAAN MEDIA


KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), akan dilaksanakan secara mandatori pensijilan MSPO ini adalah bertujuan untuk meningkatkan imej minyak sawit negara dari perspektif kemampanan di samping memenuhi permintaan pasaran antarabangsa bagi minyak sawit yang disijilkan mulai tahun 2020. Perkara ini juga adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk mengukuhkan komoditi sawit dan memartabatkan industri sawit mampan Malaysia di pasaran global.

Sehingga 31 Ogos 2019, keluasan tanaman kelapa sawit yang telah dipersijilkan adalah 2,956,925 hektar atau 50.6% daripada jumlah keluasan 5.85 juta hektar termasuk pekebun kecil. Manakala bagi kategori kilang buah kelapa sawit sebanyak 288 buah kilang atau 64.29% daripada keseluruhan 448 buah kilang telah berjaya dipersijilkan.

Dalam hal ini, kesemua pekebun kecil , estet dan kilang buah kelapa sawit yang masih belum memperoleh sijil MSPO atau memulakan proses persijilan adalah digesa segera mendapatkan pensijilan MSPO. Untuk memulakan proses pensijilan MSPO. Pekebun Kecil boleh hubungi:

(i) Pusat Piawaian Kemampanan & Pensijilan,
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MSPO)
No Tel: 03 - 89110179/01802/0193
No Fax: 03 - 8911 0191

(ii) Majlis Persijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC)
No Tel: 03 - 21810192
Emel: info [AT] mpocc [DOT] gov [DOT] my

Untuk makluman, Kerajaan telah memperuntukkan dana insentif MSPO bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pihak industri sawit dalam melaksanakan keperluan pensijilan MSPO. Sebagai makluman, hanya mereka yang berjaya mendapatkan persijilan atau memulakan proses persijilan sebelum 1 Januari 2020 sahaja yang layak menerima insentif ini. Mulai tahun 2020, semua kos persijilan perlu ditanggung sendiri tanpa insentif kerajaan.

Bagi pekebun kecil, pensijilan akan dilaksanakan di bawah Kelompok Minyak Sawit Mampan (SPOC) iaitu melalui penubuhan koperasi yang diwujudkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) atau di bawah agensi milik kerajaan atau kerajaan negeri masing-masing. Namun, perlu ditegaskan di sini, bagi kesemua estet yang melebihi 100 ekar dan kilang buah sawit, kegagalan mendapatkan pensijilan MSPO atau memulakan proses persijilan MSPO, pada 1 Januari 2020, merupakan satu kesalahan. Kegagalan dalam berbuat demikian membolehkan MPOB mengenakan denda, menggantung, membatalkan atau tidak memperbaharui lesen sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 15 Peraturan-Peraturan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (Pelesenan) 2005.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia
4 Oktober 2019

Sumber: Kementerian Industri Utama

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Kartina Binti Hamzah
Tel: 03-8887 8236 / 016-483 6753
Emel: kartina [AT] mpi [DOT] gov [DOT] my

--BERNAMA

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

ยท Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:01 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.