Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Malaysia (KPPK) hari ini telah menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM467,000.00 bagi Tabung Bantuan COVID-19 KPPK untuk dimanfaatkan kepada masyarakat yang menghadapi masalah ekonomi kesan daripada Pandemik COVID-19.
YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menerima sumbangan itu daripada Persatuan Penapis Minyak Sawit Malaysia (The Palm Oil Refiners Association Of Malaysia) @PORAM.
Bantuan wang tunai tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Jamil Haron, Pengerusi PORAM dalam satu majlis ringkas yang diadakan di kementerian ini pada hari ini.
Turut hadir sama Encik Teo Beng Chuan, Ketua Pegawai Eksekutif PORAM, Encik V. Chandra Naidu, Pengurus Besar PGEO Marketing Sdn. Bhd dan Encik Khoo Heng Suan, Timbalan Pengarah Eksekutif Lam Soon Bhd dan Encik Mad Zaidi Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi) KPPK.