YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin bin Aman Razali, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Delegasi KPPK membincangkan Cabaran Industri sepanjang penularan Covid-19 bersama YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz Menteri Kewangan petang semalam.
Isu yang turut dibincangkan adalah Impak Covid-19 terhadap peladang, keperluan sokongan ekonomi kepada peladang-peladang kecil dan pegusaha komoditi dan peranan industri dalam membaik pulih ekonomi negara.
Turut hadir YBhg. Encik Ravi Muthayah, Ketua Setiausaha KPPK, YBhg. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan & Komoditi) KPPK, YBhg. Dr Ahmad Parveez, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), YBhg. Dato' Dr. Zairossani Mohd Nor Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia, YBhg. Encik Mohd Kheiruddin Mohd Rani, Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan pegawai kanan KPPK.