YB Dato' Sri Dr. Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) dan YB Tuan Haji Awang Bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia (KSM) telah mempengerusikan bersama mesyuarat bagi membincangkan cadangan penambahbaikan terhadap program latihan dan kursus berkaitan industri perabot di Malaysia. Mesyuarat tersebut telah bersetuju untuk menubuhkan sebuah Jawatankuasa Teknikal dalam masa terdekat ini untuk memperhalusi silibus latihan dan kaedah pelaksanaan yang sedia ada.