YB Puan Teresa Kok, Menteri Industri Utama telah mengadakan lawatan ke Projek GUP Kg Tohor, Negeri Sembilan pada 03.02.2020. Beliau diberi taklimat mengenai Projek GUP Kg Tohor dan Demonstrasi Rawatan Penyakit Pestalotiopsis dan kemudiannya melawat Rubber Learning Centre (RLC). Turut diadakan Sesi Dialog Bersama Peserta GUP, Kg Tohor dan Penyerahan Bantuan Persekolahan (RRIMColour). Hadir sama YBhg Dato’ Dr Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia.