Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Dato' Dr Mohd. Khairuddin Aman Razali hari ini menyampaikan amanat sempena Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Amanat YB Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi yang diadakan di Putrajaya. Turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri iaitu YB Tuan Willie Mongin dan YB Dato' Seri Dr Wee Jeck Seng serta KSU Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YBhg. Encik Ravi Muthayah.