YBrs. Encik Mad Zaidi bin Mohd Karli, Timbalan Ketua Setiausaha Komoditi, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi hari ini telah mengadakan lawatan kerja ke RRIMINS Lakai di Mukim Triang ilir, Daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau diberi taklimat mengenai RRIMINIS Lakai oleh Pengarah Wilayah Tengah LGM serta taklimat mengenai projek nenas oleh usahawan nenas. Beliau kemudiannya mengadakan lawatan ke Plot Tanaman Nenas di RRIMINIS Lakai dan membuat tinjauan ke menara tinjau bagi melihat klon pokok getah. Hadir sama YBrs. Dr. Zairossani Mohd Nor, Ketua Pengarah LGM.