Program Bantuan Subsidi MADANI (BUDI MADANI) bagi BUDI Agri-Komoditi merupakan sumbangan tunai Kerajaan lanjutan daripada pelaksanaan program penyasaran semula subsidi diesel khusus untuk pekebun kecil Sektor Agrikomoditi yang terdiri daripada pekebun kecil Sektor Sawit, Getah, Koko, Lada dan Kenaf di Semenanjung Malaysia yang berdaftar melalui agensi-agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Syarat-syarat kelayakan bagi permohonan inisiatif BUDI Agri-Komoditi adalah berstatus warganegara Malaysia dan berdaftar dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). Pemohon yang layak dinasihati untuk melengkapkan permohonan sebelum 3 Jun 2024 untuk memperoleh inisiatif bantuan tunai sebanyak RM200 sebulan.
Permohonan Budi Madani hanya boleh dilalukan secara dalam talian melalui Portal BUDI MADANI, klik di sini.
Ingin mendaftar dan memohon BUDI AGRI-KOMODITI? Ikuti langkah-langkah mudah ini!
Hubungi Hotline Program BUDI MADANI
Bantuan Subsidi Diesel (BUDI Agri-Komoditi)
03-8880 1475
budiagrikomoditi[@]kpk[.]gov[.]my