LatarbelakangAgensiPerkhidmatan dan ProgramPrestasi IndustriPelesenan & PermitBantuan, Dana, & InsentifStandard & PensijilianPenguatkuasa & KompaunPerkhidmatan Dalam TalianPelaburan & PasaranLatihanSoalan LazimHubungi Kami

LATARBELAKANG

INDUSTRI KENAF

  • Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus cannabinus merupakan tanaman jangka pendek, berserat dan menyerupai pokok bendi. Kenaf berasal daripada Afrika.
  • Tempoh matang pokok kenaf adalah antara 120 - 150 hari.
  • Batang kenaf yang telah diproses menghasilkan fiber dan core. Kedua-dua elemen ini digunakan dalam penghasilan produk berkualiti dan mesra alam (green product) seperti produk biokomposit, biodegradable utensil (BDU), panel, bedding serta makanan ternakan.
  • Tanaman kenaf mula diperkenalkan secara komersial melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) pada tahun 2010 sebagai alternatif kepada tanaman tembakau.
  • Industri kenaf kini giat dibangunkan dan menjadi sumber pendapatan baharu untuk pekebun kecil.

Gambar Kenaf

INDUSTRI TEMBAKAU

  • Malaysia merupakan antara negara yang menyertai World Health Organization Framework Convention On Tobacco Control (WHO FCTC) yang mewajibkan pelaksanaan langkah-langkah yang berkesan bagi melindungi orang awam daripada pendedahan kepada asap tembakau.
  • Bermula tahun 2010, pengilang rokok lebih cenderung untuk mengimport tembakau dari luar negara sejajar dengan pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang menjadikan harga tembakau lebih kompetitif dan murah berbanding pasaran tempatan. Kini, pengilangan rokok pasaran tempatan menggunakan 100% tembakau yang diimport.
  • Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah dipertanggungjawabkan untuk mengawal selia serta menyelaras aktiviti berkaitan industri tembakau di Malaysia.

Gambar Tembakau

Lembaga Kenaf & Tembakau Negara (LKTN)

Lembaga Tembakau Negara (LTN) ditubuhkan pada 8 Oktober 1973 sebagai sebuah Badan Berkanun Persekutuan mengikut Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111]. Akta 111 bertujuan menubuhkan Lembaga Tembakau Negara untuk memperbaiki dan menjalankan dengan sepatutnya industri pengeluaran tembakau, dan bagi membuat peruntukan berkenaan dengan Lembaga dan industri itu.

Berikutan kesan persaingan perdagangan terhadap industri tembakau ekoran pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) pada 2010 dan polisi Kerajaan yang menggalakkan pengurangan penggunaan tembakau serta pematuhan Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kerajaan telah mengenal pasti satu sumber pertumbuhan baru untuk dibangunkan yang berpotensi menjana pendapatan kepada penanam iaitu tanaman kenaf.

Sehubungan itu, Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2009 [Akta 692] telah dikuatkuasakan pada 1 April 2010 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan industri tembakau. Pelaksanaan Akta 692 telah memansuhkan Akta Lembaga Tembakau Negara (Perbadanan) 1973 [Akta 111] serentak dengan pembubaran LTN yang digantikan dengan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN). Akta 692 bertujuan mengadakan peruntukan yang lebih baik bagi industri kenaf dan tembakau, membubarkan Lembaga Tembakau Negara dan mengadakan peraturan bagi perkara-perkara yang bersampingan dan berkaitan dengannya.

LKTNUntuk maklumat lanjut mengenai Fungsi dan Objektif LKTN, layari Portal Rasmi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN).

Lokasi

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara,
Kubang Kerian,
16150 Kota Bharu,
Kelantan Darul Naim.

 +609-766 8000
 +609-766 8071
 admin [AT] lktn [DOT] gov [DOT] my

PERKHIDMATAN

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) melalui Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) menyediakan perkhidmatan berkaitan industri berikut:

Perkhidmatan Kenaf

PROGRAM

Antara program yang diadakan bagi industri kenaf melalui LKTN termasuklah:

  • Pembangunan Pusat Pemprosesan Kenaf Insitu (PPKI)
  • Pembangunan Ladang Kluster Kenaf
  • Integrated Kenaf Industrial Park (IKIP)
  • Kenaf Untuk Rakyat (KUR)
  • Skim Pendapatan Rakyat Melalui Kenaf (SPARK)
  • Pembinaan Rumah Integrated Building System (IBS) Kenaf
  • Kenaf Industry Update

 Kenaf Program 1

Kenaf Program 2

PRESTASI INDUSTRI KENAF

BM Prestasi Industri

LUAS TANAMAN KENAF MENGIKUT NEGERI

Peta Penanaman Kenaf

Pelesenan & Permit

Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) telah mengambil alih portfolio kuasa mentadbir bagi Permit Import Tembakau selaras dengan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import/ Eksport) (Pindaan) 2016. LKTN agensi di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi(KPPK) ini bertanggungjawab untuk memproses permohonan permit import (AP) Tembakau Mentah

Insentif Penananam Kenaf

Dana R&D

Sewaan Jentera

Tabung Kebajikan Industri Kenaf dan Tembakau (TKIKT)

Akta

Garis Panduan

  • Manual dan Asas Penanaman Kenaf
  • Kenaf Grading Standard
  • Peraturan - Peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau) 2011
  • Garis Panduan Permohonan Permit Tembakau LKTN

Penguatkuasaan

  • Pemeriksaan dan Kawalselia Pengeluaran Tembakau

Latihan/Kursus

SOALAN LAZIM

1. Apakah itu kenaf?

Kenaf atau nama saintifiknya Hibiscus Cannabinus adalah sejenis pokok berserat bukan berkayu dan merupakan tanaman jangka pendek. Kenaf tergolong dalam famili Malvaceae dan berada di bawah genus Hibiscus yang mempunyai persamaan dengan tanaman bendi dan juga kapas. Tanaman ini turut diusahakan China, Myanmar dan Indonesia.

2. Siapakah yang boleh dihubungi bagi mendapatkan khidmat nasihat berkaitan industri kenaf dan tembakau?

Bagi mendapatkan maklumat dan khidmat nasihat berkenaan industri kenaf dan tembakau, individu/syarikat boleh berhubung dengan pihak Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) di talian 09-766 8000.

3. Apakah jenis bantuan/insentif yang disediakan dalam industri kenaf?

Dalam usaha menggalakkan penanaman kenaf, MPIC melalui LKTN menyediakan insentif tanaman kenaf RM2,385/hektar bagi tujuan pengeluaran fiber dan RM3,000/hektar bagi pengeluaran benih kenaf kepada pekebun kecil. Insentif ini turut meliputi input pertanian seperti baja dan racun, perkhidmatan mekanisani, bekalan biji benih kenaf yang berkualiti serta insentif pembelian kenaf.

4. Apakah perundangan subsidiari bagi industri tembakau di bawah seliaan LKTN?

Industri Tembakau adalah tertakluk kepada Akta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (Akta 692) serta Peraturan-Peraturan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara 2011 (Pelesenan Tembakau dan Keluaran Tembakau).

5. Soalan Lazim berkaitan Kenaf : https://www.lktn.gov.my/index.php/ms/soalan-lazim?start=1

6. Soalan Lazim berkaitan Tembakau : https://www.lktn.gov.my/index.php/ms/soalan-lazim?start=2

7. Soalan Lazim berkaitan Mekanisasi : https://www.lktn.gov.my/index.php/ms/soalan-lazim?start=3

Untuk maklumat lanjut berkaitan Industri Kenaf dan Tembakau, sila hubungi:

BAHAGIAN KEMAJUAN INDUSTRI KAYU-KAYAN, TEMBAKAU DAN KENAF (KTK)
Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK)

Tingkat 5, Bangunan KPK,
Persiaran Perdana, Presint 2
62650 Putrajaya
No. Telefon: 603-8892 1611     No. Faks: 603-8892 1702
Email : ktk [@] kpk.gov.my