Sayangi SawitkuSawit Anugerah TuhanMinyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan
Kempen Sayangi Sawit Ku
Pengenalan
Kempen Sayangi Sawitku merupakan satu inisiatif yang diperkenalkan oleh YB Teresa Kok pada tahun 2019. Pelancaran rasmi Kempen Love Sayangi Sawit Ku yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad telah dilancarakan di Ladang Sime Darby, Ladang East @ Pulau Carey pada 24 Mac 2019. Kempen ini dilancarkan untuk memupuk semangat kecintaan dan kebanggaan ke atas minyak sawit serta penghargaan terhadap sumbangan minyak sawit Malaysia kepada ekonomi negara. Selain itu, kempen ini juga memberi pendedahan kepada rakyat Malaysia mengenai kebaikan dan khasiat minyak sawit Malaysia serta peranannya dalam aspek pemeliharaan alam sekitar
Logo Love My Palmoil
Kempen Sawit Anugerah Tuhan
Pengenalan
Kempen Sawit Anugerah Tuhan merupakan satu inisiatif oleh YB Dato' Dr. Mohd Khairuddin Bin Aman Razali pada tahun 10 Februari 2021. Tujuan utama kempen ini adalah untuk menghargai sumbangan besar industri minyak sawit kepada pembangunan sosioekonomi di Malaysia, terutamanya dalam meningkatkan taraf hidup rakyat di luar bandar, meningkatkan lagi kesedaran orang ramai terhadap khasiat dan kebaikan minyak sawit Malaysia serta menangkis kempen-kempen anti-minyak sawit yang memberikan gambaran tidak tepat mengenai kemampanan tanaman sawit serta khasiat minyaknya kepada kesihatan. Diterajui oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), kempen ini tertumpu di peringkat kebangsaan sebelum ia dikembangkan ke peringkat antarabangsa.
Pelbagai aktiviti promosi yang menggabungkan elemen pendidikan melalui media sosial, tarikan visual, dan nilai estetika dilaksanakan untuk menjayakan kempen ini. Orang awam boleh menyertai kempen dan program ini melalui Laman Web Sawit Anugerah Tuhan https://sawit.com.my/ yang disediakan oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
Logo Sawit Anugerah Tuhan
Logo kempen ini mewakili konsep kemampanan dan kehebatan melalui kombinasi empat warna menarik.
Kempen Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan telah dilancarkan oleh YB Hajjah Zuraida Kamaruddin pada 7 Januari 2022
Logo Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan
Minyak Sawit Malaysia Penuh Kebaikan mencerminkan faedah pelbagai produk yang dihasilkan daripada minyak sawit. Ia adalah baik kerana memberikan banyak manfaat kepada hampir setiap lapisan masyarakat. Ianya baik untuk kesihatan, baik untuk alam sekitar, mampan, menyumbang kepada mata pencarian, dan juga memberi keuntungan. Kesimpulannya, secara keseluruhan, ia penuh kebaikan.
Sebarang pertanyaan berkaitan, sila emelkan kepada:
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Kementerian Perladangan dan Komoditi No. 15, Aras 5-13, Persiaran Perdana, Presint 2, 62654 Putrajaya, MALAYSIA
Mesyuarat Agung Tahunan PUSPANITA Unit MPIC Kali Ke-39
KPPK
April
Majlis Apresiasi KPPK 2021
Bangi, Selangor
Pelancaran Buku Pencapaian Malaysia Prihatin
Bangi, Selangor
Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK), KPPK Kali Ke-36
KPPK, Putrajaya
Edaran Bubur Lambuk Sempena Ramadhan 1442 H
KPPK, Putrajaya
Mei
Maklumat Lanjut
Seksyen Hal Ehwal Korporat Unit Komunikasi Korporat (UKK) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) Emel : ukk [AT] mpic [DOT] gov [DOT] my Tel: 03-88803324
PENGENALANJTICTJPICTSKOP DAN HAD NILAIJADUAL MESYUARAT JTICT & JPICTTATACARATATAKELOLA RMKe-13RUJUKAN
PERMOHONAN KELULUSAN PROJEK ICT DI KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI (KPK)
JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTICT) KPK
JTICT KPK bertanggungjawab memproses, menilai, mengeyorkan dan mempertimbangkan perakuan teknikal perolehan/ projek ICT KPK (Bahagian / Unit di KPK) dan semua Agensi di bawah KPK (MPOB, LGM, MTIB, LKM, MPB dan LKTN) kepada Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) KPK. Semua permohonan kelulusan teknikal perolehan/ projek ICT Agensi hendaklah mendapat kelulusan JPICT Agensi masing-masing sebelum dikemukakan kepada pihak JTICT KPK.
Projek ICT yang dikemukakan perlulah terkandung dalam Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) KPK atau PSP Agensi masing-masing dan mengikut had nilai di bawah kuasa kelulusan JTICT/JPICT KPK seperti yang dinyatakan dalam SPA Bil 3/2015.
Mesyuarat JTICT KPK akan diadakan 4 kali setahun dan akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan Strategik dan Pengurusan) [TKSU(P)] merangkap Chief Digital Officer (CDO) KPK.
Keahlian JTICT
Pengerusi
Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Perancangan dan Pengurusan) (TKSUP)/ Chief Digital Officer (CDO)
Ahli
Pengurus ICT Agensi dibawah KPK
Pegawai dan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat KPK
Pemilik Projek ICT (Cth. Projek ICT oleh LKM: Ketua Pasukan Projek)
Setiausaha Bahagian (SUB) di KPK bagi yang berkaitan dengan projek ICT Agensi (Cth. Projek ICT oleh LKM: SUB IKL)
Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan dan Pentadbiran (BKPP)
Ahli Jemputan Lain yang berkaitan mengikut keperluan
Urusetia
Unit Perancangan Strategik & Pengurusan Projek ICT (S), Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) KPK
JPICT KPK bertanggungjawab menyelaras dan memantau permohonan perolehan, pembangunan dan pelaksanaan projek ICT di KPK dan Agensi di bawah KPK. Selain itu, JPICT juga bertanggungjawab menilai dan meluluskan semua perolehan/ projek ICT KPK dan Agensi di bawah KPK yang telah mendapat pengesyoran dan pertimbangan perakuan teknikal JTICT KPK.
Mesyuarat JPICT KPK akan diadakan 4 kali setahun dan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha [KSU] KPK.
Keahlian JPICT
Pengerusi
Ketua Setiausaha (KSU)
Ahli
Timbalan Ketua Setiausaha (Sektor Perancangan dan Pengurusan) (TKSUP)/ Chief Digital Officer (CDO)
Setiausaha Bahagian (SUB), Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) di KPK
Semua Setiausaha Bahagian (SUB) dan Ketua Unit (KU) di KPK
Semua Ketua Pengarah (KP) Agensi di bawah KPK
Pegawai Keselamatan Maklumat (ICTSO), KPK
Pegawai Teknologi Maklumat, KPK
Pemilik Projek ICT (Cth. Projek ICT oleh LKM: Ketua Pasukan Projek)
Ahli Jemputan Lain yang berkaitan mengikut keperluan
Urusetia
Unit Perancangan Strategik & Pengurusan Projek ICT (S), Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM)
SKOP DAN HAD NILAI JAWATANKUASA JPICT /JTICT KPK
Skop Projek ICT YangMemerlukan Kelulusan JTICT dan JPICT AGENSI
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM50,000 atau lebih;
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM50,000 atau lebih
Skop Projek ICT Yang Memerlukan Kelulusan JTICT dan JPICT KPK
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM500,000 atau lebih;
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM500,000 atau lebih
Skop Projek ICT Yang Memerlukan Kelulusan JTISA MAMPU
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan SISTEM APLIKASI bernilai RM1 juta atau lebih hendaklah mendapat kelulusan teknikal JTISA
Permohonan perolehan projek ICT yang melibatkan PERKAKASAN dan/atau PERISIAN dan/atau RANGKAIAN dan/atau PERKHIDMATAN bernilai RM5 juta atau lebih hendaklah mendapat kelulusan teknikal JTISA
Diagram Had Nilai dan Perkingkat Kelulusan Teknikal Projek ICT (SPA Bil. 3/2015)
Agensi yang berhasrat untuk melaksanakan perolehan/ projek ICT hendaklah mengemukakan permohonan kelulusan teknikal perolehan/ projek ICT kepada KPK dan dibentangkan. Semua permohonan adalah wajib dan telah telah mendapat kelulusan JPICT Agensi masing-masing.
Seterusnya, JTICT KPK akan mengesyorkan perolehan/ projek ICT kepada JPICT untuk diperakukan oleh JPICT KPK. Sekiranya had nilai melebihi nilai yang dihadkan kepada KPK, JPICT akan mengesyorkan/ memperaku pemohonan kepada Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) MAMPU seperti had nilai kelulusan yang telah ditetapkan. Jadual Perancangan Mesyuarat JTICT dan JPICT KPK adalah seperti berikut:
JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL ICT (JTICT) KPK, TAHUN 2024
No.
Mesyuarat
Tarikh Mesyuarat (Perancangan)
Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Makluman/ Kelulusan Projek
Tarikh Mesyuarat (Sebenar)
1.
JTICT Bil. 1/2024
6 Februari 2024 / 9:30 pagi (Selasa)
31 Januari 2024 (Rabu)/ 12:00 Tengah Hari
7 Februari 2024 / 9:30 pagi (Rabu)
2.
JTICT Bil. 2/2024
7 Mei 2024 / 9:30 pagi (Selasa)
19 April 2024 (Jumaat)/ 12.00 Tengah Hari
30 April 2024/ 9.30 pagi (Selasa)
3.
JTICT Bil. 3/2024
6 Ogos 2024 / 9:30 pagi (Selasa)
12 Ogos 2024 (Isnin) / 12.00 Tengah Hari
15 Ogos 2024 / 9:30 pagi (Khamis)
4.
JTICT Bil. 4/2024
5 November 2024 / 9:30 pagi (Selasa)
Akan dimaklumkan
JADUAL PERANCANGAN MESYUARAT JAWATANKUASA PEMANDU ICT (JPICT) KPK, TAHUN 2024
No.
Mesyuarat
Tarikh Mesyuarat (Perancangan)
Tarikh Mesyuarat (Sebenar)
1.
JPICT Bil. 1/2024
27 Februari 2024 / 9:30 pagi (Selasa)
28 Februari 2024/ 9.30 pagi (Rabu)
2.
JPICT Bil. 2/2024
21 Mei 2024 / 9:30 pagi (Selasa)
5 Jun 2024 / 9.30 pagi (Rabu)
3.
JPICT Bil. 3/2024
20 Ogos 2024 / 9:30 pagi (Selasa)
Akan dimaklumkan
4.
JPICT Bil. 4/2024
19 November 2024 / 9:30 pagi (Selasa)
Akan dimaklumkan
FORMAT KERTAS PERMOHONAN KELULUSAN TEKNIKAL PROJEK ICT
Templat Kertas Permohonan Kelulusan JPICT KPK Tahun 2024 (Word)
Templat Slaid Pembentangan Permohonan Kelulusan JPICT KPK Tahun 2024 (PowerPoint)
PELAKSANAAN
Semua permohonan kelulusan perolehan / projek ICT perlu dikemukakan melalui Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) MAMPU di alamat http://profit.mampu.gov.my/ sebelum tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT).
KPK dan Agensi juga perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut sebelum Tarikh Akhir Penghantaran Kertas Permohonan, melalui e-mel kepada bpm.strategik [@] kpk.gov.my :-
Kertas Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT (Word);
Slaid Pembentangan Permohonan Kelulusan Teknikal Projek ICT (PowerPoint);
Maklum Balas Mesyuarat JTICT/JPICT lepas;
Laporan Status Terkini Pelaksanaan Projek ICT di KPK & Agensi; dan
Slaid Kertas Makluman ICT (jika ada)
Nota:
Permohonan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan Sektor Awam
Setelah mendapat kelulusan daripada JPICT agensi, semua permohonan berkaitan Perkhidmatan Pengkomputeran Awan perlu dikemukakan untuk kelulusan teknikal JTISA tanpa mengira had nilai. Pihak agensi perlu mengemukakan maklumat permohonan tersebut melalui emel kepada Urus setia JTISA dan pihak Cloud Management Office di alamat emel urussetiajtisa [AT] mampu [DOT] gov [DOT] my dan mygovcloud [AT] mampu [DOT] gov [DOT] my
PELAKSANAAN TATAKELOLA PENGURUSAN DAN PEROLEHAN PROJEK ICT BAGI RMKe13
Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan Dan Perolehan Projek ICT RMKe-13
Selaras dengan aspirasi GovTech dan pewujudan Kementerian Digital, Jabatan Digital Negara (JDN) telah menyediakan Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan dan Perolehan Projek ICT RMKe-13 yang berkuat kuasa pada 1 Mei 2024. Tatakelola Pengurusan dan Perolehan Projek ICT RMKe-13 menetapkan bahawa proses kelulusan teknikal Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Jawatankuasa Teknikal ICT Sektor Awam (JTISA) dilaksanakan sebelum permohonan bajet kepada Kementerian Ekonomi (KE) yang menjadi pra-syarat permohonan bajet.
Sehubungan itu, semua Bahagian, Unit dan Agensi di KPK adalah dimohon untuk mengambil perhatian dan tindakan terhadap keperluan tatakelola baharu ini.
No.
Perkara
Muat Turun
1.
Garis Panduan Pelaksanaan Tatakelola Pengurusan Dan Perolehan Projek ICT RMKe-13 Tarikh Kuat Kuasa : 1 Mei 2024
Pelaksanaan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Menggunakan Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (PROFIT) Agensi Sektor Awam
Surat Pekeliling Am (SPA) Bilangan 7 Tahun 2024: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal Dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam