Kuala Lumpur: Pelantikan Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi baharu diharap akan membawa perubahan yang lebih baik dalam tadbir urus dan amalan industri pertanian negara, terutamanya berkaitan dengan kemampanan industri kelapa sawit.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata beliau melihat Johari sebagai individu berpengalaman dalam sektor korporat dan sebagai mantan Menteri Kewangan II pula menunjukkan pengalamannya terhadap urusan-urusan pentadbiran negara.
"Beberapa cabaran yang mungkin dihadapi oleh beliau termasuk isu-isu seperti Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), kekurangan tenaga buruh, peningkatan kos, hasil pekebun kecil yang rendah, dan masalah penanaman semula yang lambat," katanya kepada Bernama.
Ahmad Parveez berkata isu pekebun kecil perlu ditangani oleh menteri baharu kerana kelompok tersebut bergerak secara individu dengan kapasiti yang terhad.
"Dengan pengalaman Datuk Seri Johari dalam sektor korporat, beliau mungkin dapat membantu kita memikirkan bagaimana untuk memperkuatkan pekebun kecil supaya mereka dapat mencapai tahap ekonomi yang lebih optimum," katanya.
Beliau juga berkata industri sawit sedang menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh dan ketidakcukupan pekerja tempatan.
"Oleh itu, kita berharap beliau dapat membantu kita dalam usaha mengguna pakai teknologi seperti Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) yang memberi tumpuan kepada teknologi mekanisasi dan automasi terkini dalam kerangka Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
"MARCOP ini sesuai untuk menarik lebih ramai generasi muda kita menyertai industri ini," katanya.
Ahmad Parveez juga berharap agar menteri baharu akan sentiasa mengadakan sesi dialog dan penglibatan dengan pihak-pihak berkepentingan dalam industri sawit.
"Kita berharap beliau dapat meneruskan budaya ini. Dengan melibatkan pemain industri, kita dapat duduk bersama dalam proses libat urus bagi memahami cabaran yang dihadapi oleh industri kelapa sawit negara.
"Libat urus ini dengan semua pemegang taruh akan memperkukuhkan dan memudahkan penyelesaian isu-isu dalam industri," katanya.
Sehubungan itu beliau berkata MPOB dan industri sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan Johari dan akan memberikan sokongan sepenuhnya dalam memajukan industri tersebut.
Ahmad Parveez juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri yang juga mantan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof yang selama ini banyak mencurahkan jasa dan bakti dalam memartabatkan industri sawit Malaysia.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Carl Bek-Nielsen berkata beliau optimis dengan pelantikan menteri baharu berkenaan.
"Datuk Seri Johari Abdul Ghani mempunyai latar belakang kewangan yang kukuh dan terkenal dengan ketelitian, pertimbangan yang tajam dan kebolehan membuat keputusan. Kami berhasrat untuk bekerjasama rapat dengan beliau," katanya.
Bek-Nielsen juga berkata perlunya melihat kepada gambaran yang lebih besar mengenai tugas menteri baharu untuk meningkatkan semula trend hasil komoditi negara yang menurun.
"Ini penting untuk memastikan kemampanan ekonomi jangka panjang industri kita.
"Pada masa yang sama, kita mesti terus menumpukan usaha untuk memastikan saluran perdagangan kekal terbuka dan menyampaikan mesej penting kepada dunia bahawa minyak Sawit Malaysia berada di puncak kualiti dan kemampanan, menetapkan standard yang paling tinggi," tambahnya.
PELANTIKAN Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi baharu diharap akan membawa perubahan yang lebih baik dalam tadbir urus dan amalan industri pertanian negara, terutama berkaitan dengan kemampanan industri kelapa sawit.
Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, beliau melihat Johari sebagai individu berpengalaman dalam sektor korporat dan sebagai mantan Menteri Kewangan II pula menunjukkan pengalamannya terhadap urusan pentadbiran negara.
"Beberapa cabaran yang mungkin dihadapi beliau termasuk isu seperti Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR), kekurangan tenaga buruh, peningkatan kos, hasil pekebun kecil yang rendah dan masalah penanaman semula yang lambat," katanya.
Ahmad Parveez berkata, isu pekebun kecil perlu ditangani menteri baharu kerana kelompok terbabit bergerak secara individu dengan kapasiti terhad.
"Dengan pengalaman Datuk Seri Johari dalam sektor korporat, beliau mungkin dapat membantu kami memikirkan bagaimana untuk memperkuatkan pekebun kecil supaya mereka dapat mencapai tahap ekonomi yang lebih optimum," katanya.
Beliau juga berkata, industri sawit menghadapi masalah kekurangan tenaga buruh dan ketidakcukupan pekerja tempatan.
"Oleh itu, kami berharap beliau dapat membantu kami dalam usaha mengguna pakai teknologi seperti Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (Marcop) yang memberi tumpuan kepada teknologi mekanisasi dan automasi terkini dalam kerangka Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
GUA MUSANG – Seramai 236 Orang Asli suku kaum Temiar di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Kuala Betis menerima elaun sara hidup ladang Tanaman Semula Komersial (TSK) sebanyak RM118,000 bagi tanaman pokok kelapa sawit dibayar kepada mereka.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Sapiah Mohd. Nor berkata, setiap peserta akan mendapat bayaran sebanyak RM500 seorang untuk tempoh lima bulan pada peringkat permulaan.
Katanya, selepas ini, mereka akan menerima bayaran bulanan elaun sara hidup itu melalui akaun peserta sebanyak RM100 sebulan.
“Elaun sara hidup projek TSK sebanyak RM100 setiap bulan akan dibayar kepada peserta melalui akaun bank Agrobank.
“Bayaran elaun sara hidup diberi untuk membantu peserta ladang TSK sementara menunggu hasil tuaian kelapa sawit dapat dibuat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengagihan Elaun Sara Hidup Ladang TSK di Pejabat Jakoa RPS Kuala Betis, di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Plantation Sdn. Bhd., Mohamad Arif Ismail dan Pengarah Jakoa Kelantan dan Terengganu, Zarina Razlan.
KUALA LUMPUR: Sistem Rawatan Efluen Kelapa Sawit (POME) yang diperkenalkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berjaya menyelesaikan isu kumbahan minyak kelapa sawit.
MPOB telah bekerjasama untuk membina sistem rawatan efluen kelapa sawit (POME) dan rancangan ini telah dijalankan di kilang milik IOI Group di Kluang, Johor.
Ketua Kumpulan Penyelidikan MPOB, Ts. Dr. Nahrul Hayawin Zainal berkata, hasil daripada pembinaan teknologi secara komersial yang dijalankan oleh kedua-dua pihak telah menghasilkan air efluen sawit yang berkualiti dan memenuhi standard yang diperlukan oleh Jabatan Kualiti Alam Sekitar (JAS).
“Air yang telah dirawat ini tidak perlu dilepaskan ke sungai kerana menghasilkan warna yang jernih.
“Jadi air ini boleh digunakan semula untuk proses di kilang ataupun boleh membasuh semula sistem arang teraktif kita,“ katanya ketika ditemui pada Kongres dan Pameran Minyak Sawit Antarabangsa MPOB yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) baru-baru ini.
Jelasnya, projek itu telah bermula sejak 2008 tetapi MPOB baru sahaja mengaplikasikan kepada rawatan efluen kelapa sawit di mana kajian telah dibuat pada tahun 2015.
“Projek ini dimulakan selepas mendengar cadangan Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk mengetatkan lagi undang-undang pelepasan air terutamanya dari segi warna air,” ujarnya.
Ts. Dr. Nahrul Hayawin berkata, kaedah rawatan POME dengan menggunakan arang teraktif ini adalah sangat mesra alam dan tiada bahan kimia digunakan semasa proses rawatan.
Menurutnya, teknologi itu menggunakan bahan sumber daripada biojisim sawit iaitu tempurung kelapa sawit yang telah diaktifkan supaya dapat merawat efluen kilang sawit.
“Tempurung kelapa sawit juga mempunyai karbon tinggi dan kandungan abu yang rendah yang menunjukkan ciri-ciri yang sesuai untuk digunakan sebagai bahan suapan bagi penghasilan karbon teraktif,” ujarnya.
Sementara itu, MPOB turut bekerjasama dengan Fusionex International Malaysia memperkenalkan revolusi pintar kilang minyak sawit pertama di dunia yang memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan (AI), Internet Perkara (IoT), dan teknologi Industri 4.0 untuk mengoptimumkan pengeluaran minyak sawit yang mampan.
Naib Presiden Kanan syarikat itu, Jacob Isaac berkata, ia adalah satu langkah strategik ke arah menerima rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
“Mampan dalam erti kata lain, kita mencipta sifar sisa. Kami menggunakan semula apa sahaja produk sampingan yang keluar dan kami merawatnya supaya tiada pencemaran alam sekitar.
“Teknologi juga boleh membantu pengurangan pelepasan karbon, meningkatkan kecekapan pengekstrakan minyak, mengurangkan terlalu bergantung pada buruh manual dan membolehkan pemantauan masa nyata dan kawalan parameter pengilangan” katanya.
Beliau memberitahu, projek itu telah dijalankan di Keratong, Pahang tetapi masih di peringkat awal namun dijangka siap pada bulan September tahun hadapan.
“Pengilang kelapa sawit konvensional kebiasaannya menghadapi banyak masalah untuk melepaskan air ke sungai sehingga mencemarkan sungai.
“Jadi, apa yang kami lakukan adalah merawat air sisa dan menggunakannya dalam beberapa proses di kilang,” katanya.
Katanya, sejak 10 tahun lalu, Fusionex telah dijemput oleh pemain industri kerana mereka mempunyai teknologi dan kepakaran dalam pengilangan pam minyak.
“Oleh itu, kami bersama beberapa perunding dan jurutera membentuk beberapa jalan penyelesaian” ujarnya.
Katanya, melalui projek perintis itu, ia bukan sahaja menggalakkan pertumbuhan ekonomi tetapi juga melindungi alam sekitar dan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya.
“Kami cuba mengubah konsep bahawa pengilangan pintar adalah sesuatu yang inovatif dengan menggunakan teknologi yang sangat canggih di mana anak-anak muda boleh menyukainya.
“Ramai anak muda akan tertarik dalam industri ini dan mereka perlu berfikiran terbuka dan cuba menerima pakai teknologi baru serta semua teknologi ini dan kaedah kejuruteraan baru,” katanya. – UTUSAN
KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM834.25 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023 berbanding RM2.16 bilion pada tempoh sama tahun lalu.
Kumpulan perladangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan merosot kepada RM23.64 bilion berbanding RM27.14 bilion bagi tahun kewangan 2022.
Bagi suku keempat berakhir 30 September 2023, keuntungan bersih KLK susut kepada RM116.30 juta daripada RM462.13 juta pada suku sama tahun lalu.
Perolehan untuk suku keempat tahun kewangan 2023 berkurangan kepada RM5.77 bilion berbanding RM6.97 bilion sebelum ini.
Menurut KLK, keuntungan sebelum cukai sektor perladangan pada suku keempat turun 18.7 peratus kepada RM417.5 juta berbanding RM513.6 juta pada tahun lalu, terutamanya berikutan volum jualan minyak sawit mentah (MSM) yang rendah dan penyusutan purata harga jualan MSM dan isirung sawit.
Kumpulan itu kekal komited untuk menambah baik kecekapan operasi ladang bagi meningkatkan produktiviti walaupun mengalami kesan buruk daripada fenomena El Nino, katanya.
KLK berkata, peningkatan kecil hasil bagi tahun kewangan 2023 membuktikan dedikasi kumpulan ini.
Menurut kumpulan, bagi tahun kewangan 2023, pihaknya berjaya menangani isu kekurangan pekerja yang menghasilkan keperluan untuk melatih pekerja baharu dan tiada pengalaman.
Turut diberikan perhatian adalah memulihkan semula keadaan pertanian serta kecekapan pemulihan dan kualiti tanaman.
"Kumpulan turut menumpukan untuk mengekalkan piawaian penanaman semula yang tinggi untuk hasil lebih baik pada masa akan datang.
"Secara keseluruhannya, kumpulan ini optimis namun berhati-hati terhadap keputusan kewangan tahun kewangan 2024 walaupun dalam persekitaran kadar faedah tinggi serta serta konflik geopolitik yang boleh menjejaskan ekonomi global," katanya. -BERNAMA