Siaran Media

Siaran Media

SIARAN MEDIA : 1 OGOS 2024

01 Ogs 2024 11 paparan

SIARAN MEDIA

MALAYSIA KOMITED PASTIKAN PRODUK AGRIKOMODITI  YANG

DIHASILKAN BERTARAF ANTARABANGSA

  1. Menteri Perladangan dan Komoditi YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani hari ini mempengerusikan Mesyuarat Bersama Exco-Exco Pertanian Negeri di Hotel Le Meridien Putrajaya yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi YB Datuk Chan Foong Hin dan wakil-wakil KPK serta Agensi.
  1. Mesyuarat ini diadakan bertujuan:
  • Membincangkan kerjasama, program serta aktiviti dalam Sektor Agrikomoditi;
  • Mempertingkatkan prestasi pelaksanaan serta perancangan program dan inisiatif berkaitan Sektor Agrikomoditi.
  1. Sektor Agrikomoditi memainkan peranan penting kepada ekonomi negara melalui sumbangannya kepada pendapatan negara dengan perolehan eksport. Selain itu, sektor ini juga penting dalam usaha kerajaan membasmi kemiskinan dengan mewujudkan peluang pekerjaan dan peningkatan ekuiti selari dengan kemajuan negara.
  1. Pada tahun 2023, Sektor Agrikomoditi telah menyumbang sebanyak RM83.16 bilion atau sekitar 5.31% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negara.
  1. Sektor Agrikomoditi tidak lekang daripada isu dan cabaran di peringkat domestik mahupun antarabangsa. Isu dan cabaran ini memberi implikasi kepada hasil Agrikomoditi negeri-negeri untuk dipasarkan ke pasaran antarabangsa sebagai produk keluaran Malaysia. Sebarang ketidakpatuhan terhadap piawaian serta peraturan ini akan menggugat kebolehpasaran produk Agrikomoditi negara di peringkat antarabangsa dan ini secara tidak langsung boleh menjejaskan pendapatan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang juga banyak bergantung kepada Sektor Pertanian dan Perladangan.
  1. Perkara ini perlu dilihat dan ditangani secara bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri khususnya dari aspek-aspek berikut:
  • Pematuhan kepada piawaian antarabangsa berhubung aspek kemampanan (sustainability) seperti European Union Deforestation Regulation (EUDR);
  • Usaha-usaha pemeliharaan dan pemulihan alam sekitar seperti

High Conservation Value (HCV); dan

  • Isu buruh paksa dan hak asasi manusia.
  1. Isu-isu seperti penyahhutanan (deforestation), pemilikan sah ke atas tanah, kebolehjejakan dan amalan buruh yang baik bukan sahaja isuisu yang sering dititik beratkan dalam memastikan kebolehpasaran produk Sektor Agrikomoditi di peringkat antarabangsa, bahkan sejak kebelakangan ini sering dibincangkan dalam rundingan-rundingan perjanjian perdagangan bebas ( Free Trade Agreement – FTA) baharu.
  1. Lantaran itu, Malaysia sentiasa komited dalam memastikan produkproduk Agrikomoditi serta rantaian bekalan komoditi yang dihasilkan menerusi sektor ini adalah mampan dan bertaraf antarabangsa.

KEMENTERIAN PERLADANGAN DAN KOMODITI

1  OGOS 2024

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 6:19 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.