Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT:Sektor ladang kelapa sawit kekurangan 200,000 buruh asing

09 Dis 2022 5 paparan

PETALING JAYA: Persatuan Pemilik Ladang Malaysia (MEOA) memberi amaran negara akan mengalami kerugian teruk dalam sektor perladangan kelapa sawit untuk setahun lagi melainkan kerajaan dapat mempercepatkan proses pengambilan buruh asing.

Presidennya, Jeffrey Ong berkata, masalah buruh bagi sektor tersebut lebih teruk daripada yang dianggarkan kerana kekurangan hampir 200,000 pekerja dan bukannya 120,000 seperti anggaran sebelum ini.

Jelasnya, ia berdasarkan Data Kementerian Perladangan dan Komoditi, Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Imigresen yang disediakan pada Forum Buruh Kebangsaan anjuran Persatuan Minyak Sawit Malaysia.

“Dengan angka sebenar yang didedahkan, saya berharap akan ada penyelesaian positif yang sebenar kerana buah kelapa sawit kini hanya menunggu reput di atas pokok dan kerugian pula berterusan disebabkan kekurangan pekerja.

“Jumlah permohonan pengambilan pekerja asing setakat 2 November lalu adalah sebanyak 131,164 orang, dan walaupun mengalami kekurangan yang teruk, hanya 56,282 permohonan pengambilan untuk sektor itu yang diluluskan setakat 3 Oktober lalu.

“Ini bermaksud, kadar kejayaan kemasukan pekerja asing hanya 22 peratus berbanding jumlah permohonan yang diluluskan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, jumlah pekerja asing aktif di Semenanjung sahaja setakat 30 September ialah 150,608 orang manakala angka rasmi bagi Sabah dan Sarawak masih belum diketahui.

Ujarnya, dengan jumlah kawasan kelapa sawit di semenanjung seluas 2.6 juta hektar, nisbah buruh kepada tanah kini berada pada 1:17.

“Saya ingin tegaskan bahawa tiada ladang kelapa sawit boleh beroperasi secara mampan melebihi nisbah 1:14.

“Jika kerajaan boleh mempercepatkan proses itu, nisbah buruh kepada tanah boleh menjadi 1:9, hampir kepada nisbah normal iaitu 1:8 seperti waktu pra-pandemik,” ujarnya.

Justeru, Jeffrey berkata, MEOA bersama-sama dengan semua pihak berkepentingan lain berharap untuk melibatkan diri dengan kerajaan dan pihak berkuasa yang berkaitan untuk mempercepatkan proses itu kerana kita tidak mahu masalah ini terus berlarutan.

“Apa yang jelas masih terdapat jurang yang luas dan banyak kerja yang perlu dilakukan dalam pengambilan serta pemulangan pekerja asing, bersama-sama dengan pencarian bilangan pekerja asing yang diperlukan dalam sektor perladangan,” katanya. – UTUSAN

.

https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/12/sektor-ladang-kelapa-sawit-kekurangan-200000-buruh-asing/

Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:02 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.