Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Stok minyak sawit mentah meningkat 13.25 peratus

13 Sep 2022 5 paparan



KUALA LUMPUR: Stok minyak sawit mentah (MSM) Malaysia bagi Ogos 2022 meningkat sebanyak 13.25 peratus kepada 1.02 juta tan daripada 905,946 tan pada Julai, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

Selain itu, inventori minyak sawit diproses meningkat 23.29 peratus bulan ke bulan kepada 1.07 juta tan daripada 866,858 tan sebelum ini, katanya dalam satu kenyataan mengenai prestasi industri minyak sawit Malaysia bagi Ogos 2022.

"Secara keseluruhan, stok minyak sawit meningkat 18.16 peratus bulan ke bulan kepada 2.09 juta tan daripada 1.77 juta tan sebelum ini," kata MPOB.

Bagi pengeluaran, ia berkata pengeluaran MSM meningkat sebanyak 9.67 peratus kepada 1.72 juta tan pada Ogos berbanding 1.57 juta tan pada Julai.

Ia berkata pengeluaran isirung sawit meningkat 10.57 peratus bulan ke bulan kepada 424,234 tan daripada 383,669 tan pada bulan sebelumnya, manakala pengeluaran minyak isirung sawit mentah meningkat 5.94 peratus kepada 191,347 tan berbanding 180,612 tan pada Julai.

Sementara itu, MPOB berkata eksport minyak sawit susut sebanyak 1.94 peratus bulan ke bulan kepada 1.30 juta tan daripada 1.32 juta tan pada Julai, manakala eksport minyak isirung sawit meningkat sebanyak 32.58 peratus bulan ke bulan kepada 101,674 tan, daripada 76,689 tan sebelumnya.

"Eksport oleokimia merosot 3.03 peratus pada Ogos kepada 214,721 tan daripada 221,424 tan pada Julai, manakala eksport biodiesel meningkat 82.23 peratus bulan ke bulan kepada 26,244 tan daripada 14,401 tan sebelumnya," katanya.

Agensi itu berkata import MSM Malaysia pada Ogos 2022 melonjak 135.14 peratus kepada 836 tan daripada 356 tan pada Julai, manakala import minyak sawit yang diproses meningkat 11.02 peratus bulan ke bulan kepada 144,616 tan, dan jumlah import minyak sawit meningkat 11.36 peratus bulan ke bulan kepada 145,452 tan.

– Bernama

https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2022/09/999522/stok-minyak-sawit-mentah-meningkat-1325-peratus
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:02 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.