Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Permit eksport minyak sawit Indonesia kembali dikeluarkan

31 Mei 2022 8 paparan



JAKARTA: Kerajaan Indonesia menerima permintaan pertama untuk permit eksport minyak sawit negaranya susulan penarikan balik larangan seminggu lalu, dengan sebahagian daripadanya boleh diberikan hari ini, kata seorang pegawai kanan.

Permintaan itu sekali gus menandakan penyambungan semula penghantaran di tengah-tengah kelewatan yang berlarutan.

Walaupun Indonesia, pengeluar minyak sawit terkemuka dunia secara rasmi membenarkan eksport dimulakan semula selepas dihentikan selama tiga minggu, syarikat menghadapi halangan kawal selia yang memperlahankan proses mengeluarkan penghantaran mereka.

"Sehingga pagi ini, terdapat lima hingga enam syarikat mengemukakan permintaan dan sistem akan segera memprosesnya. Kami berharap permit boleh dikeluarkan hari ini," kata seorang pegawai kanan Kementerian Perdagangan, Veri Anggriono.

Indonesia memerlukan syarikat untuk menyimpan sebahagian daripada eksport minyak sawit negaranya untuk pasaran tempatan di bawah Obligasi Pasaran Dalam Negeri (DMO) dan menyertai program minyak masak pukal yang direka untuk mengekalkan bekalan domestik dan mengekalkan harga terkawal.

Kerajaan menyasarkan penghantaran sejuta tan eksport minyak sawit dalam tempoh masa yang tidak didedahkan, berdasarkan jualan domestik syarikat di bawah program itu.

Jumlah syarikat yang dibenarkan untuk mengeksport bergantung kepada kapasiti penapisan mereka dan permintaan minyak masak domestik, mengikut peraturan.

Veri berkata, nisbah peruntukan eksport dan pengagihan domestik meletakkan DMO sekitar 20 peratus.

Sehingga semalam, kira-kira 75 pengeluar minyak sawit sudah berdaftar bagi program minyak masak pukal, kata seorang pegawai kanan Kementerian Industri kepada media, hari ini.

Setiausaha Agung Persatuan Minyak Sawit Indonesia (GAPKI), Eddy Martono, berkata beliau berharap tidak lama lagi eksport dapat dikembalikan ke paras sebelum larangan iaitu 2.5 juta hingga 3 juta tan sebulan.

Larangan itu mengejutkan pasaran minyak sayuran global yang sudah berada di bawah tekanan ekoran kekurangan minyak bunga matahari yang disebabkan oleh perang di Ukraine.

Kelewatan dalam memulakan semula penghantaran bermakna bekalan buah sawit yang banyak dan harga yang rendah untuk petani Indonesia, ratusan daripadanya membantah awal bulan ini apabila harga buah sawit merosot hingga 70 peratus.

Di wilayah Riau dan Sulawesi Barat, trak terpaksa menunggu dua atau tiga hari dalam barisan yang panjang di luar beberapa kilang kelapa sawit, disebabkan sebahagiannya kekurangan eksport, kata petani, pada ketika Indonesia memasuki tempoh puncak penuaiannya.

Harga buah sawit stabil sejak kerajaan mengumumkan penarikan larangan itu, tetapi banyak kilang mempunyai lebih banyak buah daripada yang mampu dikendalikan kerana bekalan yang lebih tinggi dan tidak dapat menawarkan petani harga yang lebih baik, kata Ridho Ikhsan, seorang petani sawit di Riau.

"Penghantaran di Dumai (pelabuhan) perlahan, jadi kilang dapat mengekalkan harga stabil.

"Petani resah kerana harga baja masih belum turun. Walaupun harga buah sawit meningkat, mereka masih belum mencapai tahap yang diharapkan petani," katanya. - REUTERS

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/05/961023/permit-eksport-minyak-sawit-indonesia-kembali-dikeluarkan
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:01 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.