Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT : Niaga hadapan minyak sawit dijangka menurun

29 Jul 2024 7 paparan

KUALA LUMPUR – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan pada kecenderungan menurun minggu depan berikutan permintaan lemah mungkin menjejaskan harga, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata, pasaran juga dijangka diniagakan rendah, memandangkan penurunan berterusan pasaran minyak soya.

“Oleh itu, kami menjangkakan pasaran akan diniagakan antara RM3,850 satu tan dan RM4,000 satu tan minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, CGS International Futures Malaysia Sdn Bhd berkata, harga berkemungkinan kekal di bawah tekanan dalam beberapa minggu akan datang, sekurang-kurangnya sehingga permintaan menjelang perayaan daripada pembeli terbesar, India, meningkat pada akhir Ogos atau awal September.

“Sentimen pasaran dilihat suram merentas komoditi disebabkan permintaan yang lemah,” katanya.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran kebanyakannya diniagakan rendah disebabkan tekanan daripada jangkaan pengeluaran yang tinggi pada minggu-minggu akan datang, ditambah dengan kelemahan dalam pasaran minyak soya Chicago dan harga olein sawit Dalian yang rendah.

Pada asas mingguan, kontrak Ogos 2024 pada Jumaat ditutup naik RM31 kepada RM4,044 satu tan, manakala  September turun RM6 kepada RM3,975 satu tan, Oktober 2024 susut RM19 kepada RM3,942 satu tan, November 2024 turun RM22 kepada RM3,927 satu tan, Disember 2024 susut RM24 kepada RM3,925 satu tan, dan Januari 2025 turun RM23 kepada RM3,933 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 286,779 lot daripada 257,940 pada minggu sebelumnya, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 218,561 kontrak daripada 216,920 seminggu sebelum itu.

Harga MSM fizikal bagi Julai Selatan mengukuh RM10 kepada RM4,060 satu tan pada Jumaat daripada RM4,050 seminggu sebelumnya. – BERNAMA

https://malaysiagazette.com/2024/07/28/niaga-hadapan-minyak-sawit-dijangka-menurun/

Sumber : Malaysia Gazette

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:02 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.