Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Negara kini guna Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) 2022

01 Jan 2022 1 paparan



PUTRAJAYA: Malaysia kini menggunakan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) 2022 sebagai skim pensijilan kebangsaan untuk ladang kelapa sawit, pekebun kecil dan fasiliti pemprosesan minyak sawit bagi menggantikan MSPO pertama yang diterbitkan pada 2013.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin, berkata terdapat tiga elemen yang ditambah dalam MSPO 2022, iaitu kitaran ekonomi, buruh paksa dan penempatan pekerja ladang.

"MSPO 2022 mengambil kira perubahan dalam keperluan kemampanan global dan mempertimbangkan kebolehgunaan terhadap industri minyak sawit Malaysia," katanya pada sidang media selepas melancarkan MSPO 2022, di sini hari ini.

Pensijilan MSPO diperlukan untuk memastikan produk sawit Malaysia yang dihasilkan adalah mampan dan dapat diterima di pasaran global.

Zuraida berkata, pensijilan MSPO itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memastikan pengurusan ladang kelapa sawit dan produk kelapa sawit tempatan menepati piawaian dunia.

"Ini sekali gus menangkis prejudis anti-minyak sawit oleh negara-negara barat terhadap mutu produk dan pengurusan ladang kelapa sawit Malaysia" katanya.

Sehingga kini, katanya, sebanyak 85 peratus daripada ladang kelapa sawit di negara ini telah memiliki MSPO yang dikeluarkan Jabatan Standards Malaysia. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/03/937304/negara-kini-guna-pensijilan-minyak-sawit-mampan-malaysia-mspo-2022
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 8:45 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.