Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: MPOB anjur seminar tinjauan minyak sawit

05 Jan 2022 1 paparan

KUALA LUMPUR: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan menganjurkan Seminar Tinjauan dan Semakan (R&O) Ekonomi Minyak Sawit 2022 pada 13 Januari ini untuk menyebarkan maklumat berkaitan prestasi industri sawit Malaysia pada 2021, prospek pasaran dan tinjauan harga untuk 2022.

MPOB dalam satu kenyataan hari ini berkata, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin akan merasmikan seminar tersebut.

Seminar itu yang bertemakan 'Industri Sawit: Melayari Cabaran Merangkul Peluang dalam Landskap Pasca-COVID' akan memberi tumpuan kepada hala tuju industri sawit, pendekatan yang diambil oleh kerajaan, serta pembangunan perdagangan dan kesannya terhadap komoditi.

Terdapat sembilan kertas kerja mengenai prestasi industri sawit bagi 2021, prospek pasaran dan tinjauan untuk 2022 yang akan dibentangkan.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir akan membentangkan kertas kerja mengenai prestasi industri sawit pada 2021 dan prospek 2022.

"Seminar itu akan memberi peluang kepada peserta untuk mengemas kini prestasi terkini industri minyak sawit, strategi pasca COVID-19 dan perkembangan pasaran," katanya.

Pakar minyak sawit, Dr Julian McGill daripada LMC International Ltd akan menyampaikan kertas kerja mengenai harga minyak sawit pada 2021 dan tinjauan tahun 2022, sementara itu, seorang lagi pakar industri, Dr Sathia Varqa akan berkongsi pendapatnya mengenai turun naik harga minyak makan dan faktor kemampanan pasaran minyak sawit.

Seorang lagi pakar industri, U.R. Unnithan dari Persatuan Biodiesel Malaysia akan menyampaikan kertas kerja mengenai prospek industri biodiesel Malaysia manakala Mohamed Helmy Othman Basha dari Sime Darby Plantation akan membentangkan kertas kerja mengenai isu kekurangan buruh semasa pandemik global.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Ravi Muthayah akan menyampaikan kertas kerja mengenai peluang dan cabaran industri sawit semasa harga minyak sawit tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), Wan Aishah Wan Hamid pula akan berkongsi pendapatnya mengenai perubahan dinamik dasar minyak makan India dan kesannya terhadap permintaan minyak sawit.

Penggiat industri tempatan, pengeksport, ahli ekonomi, penggubal dasar dan ahli akademik digalakkan untuk menyertai seminar itu dan bagi mereka yang berminat untuk menyertainya boleh melayari laman sesawang www.mpob.gov.my atau daftar melalui pautan http://apps.mpob.gov.my/application/cms/2022_01outlook.nsf/Conference%20....

-BERNAMA

https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2022/01/907681/mpob-anjur-seminar-tinjauan-minyak-sawit

Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 8:43 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.