Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT : KPK laksana kempen antiminyak sawit peringkat global

26 Jul 2024 8 paparan

KUALA LUMPUR, 25 Julai - Beberapa strategi dilaksanakan dalam usaha mempromosikan minyak sawit mampan termasuk mengadakan kempen antiminyak sawit di peringkat global.

Menteri Perladangan dan Komoditi (KPK) Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata ia bagi menyanggah propaganda antiminyak sawit yang cuba dimainkan pengeluar minyak.
 
"Kita akan terus berterusan mengadakan kempen antiminyak sawit ini di peringkat global melalui sesi libat urus iaitu kita terus mengadakan penglibatan dua hala bersama-sama penggubal-penggubal dasar di negara-negara pengimport.

"Juga kita buat penglibatan dengan ahli-ahli politik negara tersebut, persatuan-persatuan pengguna, pembeli-pembeli, para peniaga dan pengimport dan juga pemain-pemain industri serta pihak-pihak badan bukan kerajaan (NGO) terlibat yang sentiasa menggunakan isu tentang propaganda minyak kelapa sawit ini," kata Johari menjawab soalan Senator Datuk Lim Pay Hen yang meminta beliau menyatakan strategi menyeluruh untuk mempromosikan minyak sawit lestari di pasaran antarabangsa.

KPK juga akan terus mendidik dan menjalankan program kesedaran awam bagi pemegang taruh berkenaan usaha kerajaan bersama-sama pihak pengawal selia Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dalam menerapkan amalan perladangan yang baik.

Beliau berkata, ini termasuk amalan buruh yang bertanggungjawab daripada pemain-pemain industri di Malaysia.

https://berita.rtm.gov.my/nasional/senarai-berita-nasional/senarai-artikel/kpk-laksana-kempen-antiminyak-sawit-peringkat-global

Sumber : Berita RTM

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:02 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.