Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Kehebatan minyak sawit Malaysia

28 Dis 2022 7 paparan

Bukan sahaja menjana ekonomi malah banyak manfaat kesihatan kepada pengguna industri minyak sawit tempatan telah menjana kelangsungan ekonomi buat lebih 450,000 pekebun kecil. Malaysia terkenal sebagai salah satu negara pengeluar utama minyak sawit dalam pasaran dunia. Industri minyak sawit tempatan telah menjana kelangsungan ekonomi buat lebih 450,000 pekebun kecil dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan serta pendidikan bagi anak-anak peneroka.

Di samping itu, minyak sawit mempunyai banyak kebaikan dan manfaat kepada penggunanya. Kelebihan minyak sawit dari sudut kesihatan telah dibuktikan melalui penyelidikan saintifik.

Malah, hasil kajian telah membuktikan yang minyak sawit memiliki manfaat kesihatan seperti bebas lemak trans (trans fat) dan bebas kolesterol.

Daripada segi kandungan vitamin, minyak sawit juga kaya dengan vitamin E tokotrienol yang berupaya membantu melindungi jantung dan sel-sel saraf.

Malah, hasil kajian telah membuktikan yang minyak sawit memiliki manfaat kesihatan seperti bebas lemak trans (trans fat) dan bebas kolesterol.

Daripada segi kandungan vitamin, minyak sawit juga kaya dengan vitamin E tokotrienol yang berupaya membantu melindungi jantung dan sel-sel saraf.

Malah, kajian saintifik yang diterbitkan menunjukkan bahawa minyak sawit selamat digunakan untuk menggoreng.

Minyak sawit merah pula terhasil setelah minyak sawit mentah melalui proses penapisan khas yang mengekalkan provitamin A karotenoid yang tinggi sekali gus warna asli jingga kemerahan.

Provitamin A karotenoid akan ditukarkan kepada vitamin A dalam badan apabila diperlukan. Oleh sebab inilah, minyak sawit merah digunakan di beberapa negara untuk menangani masalah kekurangan vitamin A.

Kekurangan vitamin A boleh mengakibatkan masalah penglihatan, seperti rabun malam dan katarak.

Kewujudan pelbagai manfaat minyak sawit telah mendorong penanaman pokok sawit secara tersusun dan besar-besaran di Malaysia.

Untuk menjamin kelangsungan dan kemampanan industri sawit negara, Malaysia telah menjadi negara pertama di dunia yang mengeluar dan mengeksport minyak sawit mampan, (Certified Sustainable Palm Oil atau CSPO), pada tahun 2008.

Usaha murni tersebut kemudiannya dipertingkatkan pada 2020 melalui pelaksanaan wajib Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (Malaysian Sustainable Palm Oil atau MSPO).

Sehingga tahun 2022, 98 peratus kawasan ladang sawit di Malaysia telah menerima pensijilan MSPO. Cabaran kini dan masa depan sektor minyak sawit negara tertumpu kepada perubahan iklim, isu penyahutanan dan buruh.

Skim Pensijilan MSPO diperkenalkan dengan matlamat untuk memastikan perladangan dan pemprosesan minyak sawit diurus selaras dengan amalan pertanian terbaik.

Kemampanan industri sawit negara perlu dijamin agar generasi masa depan juga boleh menikmati manfaat kebaikan minyak sawit dan impak positif sosioekonominya.

https://www.sinarharian.com.my/article/237094/berita/nasional/kehebatan-minyak-sawit-malaysia

Sumber: Sinar Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:01 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.