Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Guna baja sisa organik jamin pulangan lebih baik – Zuraida

15 Jun 2022 3 paparan



KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi menggalakkan pengusaha ladang sawit, tanpa mengira saiz ladang untuk mengoptimumkan penggunaan baja sisa organik bagi menggantikan baja kimia.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, kaedah itu sebagai langkah pilihan berikutan kenaikan harga baja yang mencecah 60 peratus daripada jumlah kos pengeluaran minyak sawit.

"Selain dapat memberi pulangan kepada pengusaha ladang, penggunaan baja daripada sisa organik juga dilihat membantu dalam aspek keselamatan makanan.

"Pengeluaran makanan yang selamat adalah penting untuk melindungi pengguna dalam negara daripada bahaya penyakit bawaan makanan.

"Hasrat ini juga selaras saranan Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), agensi bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu usaha untuk melaksanakan Amalan Pertanian Baik (GAP) semasa pengeluaran di ladang dan proses pasca pengeluaran penghasilan produk pertanian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penanaman kelapa sawit kini berdepan kenaikan kos operasi antara 10 dan 15 peratus berpunca lonjakan dalam kos baja, buruh dan bahan api.

"Memahami bahawa kenaikan harga baja minyak sawit fenomena global yang tidak dapat dielakkan berpunca daripada tekanan inflasi dan konflik Russia-Ukraine, penggunaan kaedah setempat untuk mengatasi kekurangan dan harga baja yang terlalu tinggi adalah lebih berkesan.

"Antara kaedah inovatif ialah penghasilan baja bio menggunakan tempurung isirung sawit (PKS) yang biasanya akan dibakar atau ditanam, melalui proses pirolisis untuk menghasilkan biochar PKS yang kemudiannya dirawat dengan biojisim lain seperti baja ayam untuk menghasilkan baja bio," katanya.

Tambah beliau, kementerian turut menggalakkan pengusaha ladang melaksanakan penanaman berselang untuk mengoptimumkan penggunaan tanah, memperbaiki mutu kesihatan ekosistem dan kesuburan tanah, seterusnya meningkatkan pengeluaran sawit.

Katanya, permohonan untuk dua insentif iaitu Skim Pertanian Bersepadu Kelapa Sawit (ITa) dan Skim Pembiayaan Mudah Agro Bank-MPOB juga sudah dibuka baru-baru ini.

"Di bawah ITa, pengusaha ladang kelapa sawit yang menanam nanas layak mendapat insentif RM7,000 sehektar, manakala mereka yang menanam pisang, tembikai, jagung dan betik pula layak menerima RM3,000 sehektar.

"Insentif tanaman selingan ini bertujuan menggalakkan pemilik ladang mempelbagaikan sumber pendapatan mereka melalui tanaman kontan dan mengoptimumkan penggunaan tanah mereka di samping meringankan kos pengeluaran akibat kenaikan harga baja," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/965881/guna-baja-sisa-organik-jamin-pulangan-lebih-baik-zuraida
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:03 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.