Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: GIHDG syarikat asing pertama dapat MSPO SCCS

21 Okt 2022 6 paparan



KUALA LUMPUR: Grand Oils & Fats (Dongguan) Co Ltd (GIHDG), syarikat berpangkalan di China menjadi entiti pertama luar Malaysia memperoleh Piawaian Pensijilan Rantaian Bekalan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO SCCS).

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata kejayaan syarikat yang memperoleh MSPO SCCS adalah hasil dari usaha Institut Perkhidmatan Teknikal dan Penyelidikan Minyak Sawit Lembaga Minyak Sawit Malaysia (PORTSIM) China dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC).

"GIHDG dipersijilkan dengan MSPO SCCS sejak 21 Oktober 2022. PORTSIM China memul dan memudahkan sesi libat urus pada Disember 2021 yang menandakan permulaan pencapaian bersejarah ini," katanya dalam satu kenyataan.

GIHDG ialah syarikat pemprosesan minyak makan dan salah satu peneraju industri minyak dan lemak berasaskan tumbuhan di China.

Ia disahkan dan dianugerahkan Sijil MSPO SCCS oleh Bureau Veritas Certification (M) Sdn Bhd, sebuah badan pensijilan bertauliah di bawah Skim Pensijilan MSPO.

Mengulas lanjut, Ahmad Parveez berkata, GIHDG kini boleh membekalkan produk yang diperbuat daripada minyak sawit yang dihasilkan secara mampan dengan yakin dan lebih dipercayai kepada pelanggan dan pengguna akhir mereka di seluruh dunia.

"Piawaian MSPO melengkapkan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSDG) 2030 terutamanya mengenai penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab, pekerjaan yang baik dan pertumbuhan ekonomi, kehidupan di darat, kebuluran sifar dan perubahan iklim.

"Bagi memastikan piawaian ini mampu menangani pengeluaran yang mampan, termasuk kebimbangan seluruh dunia terhadap kepentingan menjaga alam sekitar dan sosial, MSPO baru-baru ini menjalani semakan dan kini dikenali sebagai MSPO 2022," katanya.

"Platform MSPO Trace akan membantu rantaian nilai dengan menjejaki produk minyak sawit daripada sumbernya dan sepanjang rantaian bekalan," katanya.

MPOCC adalah sebuah agensi bebas bukan berasaskan keuntungan yang ditubuhkan pada Disember 2014 bagi mengendalikan Skim Pensijilan MSPO.

Ia juga bertanggungjawab untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa terhadap Skim Pensijilan MSPO, bagi membantu usaha dan komitmen industri sawit Malaysia, khususnya pekebun kecil, untuk menghasilkan minyak sawit mampan.

PORTSIM China ialah pusat penyelidikan dan pembangunan MPOB yang terletak di Shanghai, China yang menyediakan perkhidmatan kepada industri sawit Malaysia dengan meningkatkan pembelian minyak sawit Malaysia oleh China melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan, serta menyediakan perkhidmatan teknikal kepada pelanggan minyak sawit Malaysia.

China, sejak dahulu lagi kerap memperoleh produk sawitnya dari Malaysia.

Ia dapat dilihat dari statistik yang menunjukkan eksport produk sawit Malaysia ke China meningkat tiga kali ganda daripada 1.02 juta tan pada tahun 2000 kepada 3.13 juta tan pada 2021.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2022/11/1033352/gihdg-syarikat-asing-pertama-dapat-mspo-sccs
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:01 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.