Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

SAWIT: Eksport biofuel sawit terendah tahun ini – Zuraida

15 Jan 2021 1 paparan



KUALA LUMPUR – Eksport biofuel berasaskan sawit tahun ini berada pada paras terendah pada tahun ini.

Dalam masa yang sama, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akur dengan kemungkinan penurunan berterusan import biofuel berasaskan sawit dari Kesatuan Eropah (EU).

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, berdasarkan data analitik minyak sawit, eksport biodiesel dari Malaysia dijangka turun kepada 250,000 tan berbanding 300,000 tan tahun lalu.

Manakala pengeluaran pula diunjur meningkat kepada 1.2 juta tan daripada satu juta tan pada 2021.

Jelas beliau, langkah Malaysia mula mengambil tindakan terhadap EU dan ahlinya merupakan antara penyebab kepada keadaan ini.

“Malaysia juga telah memulakan tindakan undang-undang terhadap EU dan dua ahlinya – Perancis dan Lithuania – pada 15 Januari 2021 di bawah Mekanisme Penyelesaian Pertikaian Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) selepas EU melaksanakan European Union Renewable Energy Directive II tanpa mengambil kira komitmen dan pandangan Malaysia.

“Klasifikasi sedemikian akan menjejaskan potensi minyak sawit sebagai sumber biofuel kerana penggunaannya akan dikurangkan secara beransur-ansur mulai 2023 sebelum ‘dihapuskan sepenuhnya’ sebagai sumber biofuel EU pada 2030,” katanya menerusi kenyataan.

Walau bagaimanapun Zuraida memberi jaminan, KPPK dan semua agensi berkaitan termasuk Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneruskan usaha untuk mempertingkatkan penglibatan pihak berkepentingan di luar negara bagi menentang dakwaan dan naratif anti-minyak sawit.

Tambah beliau, sambutan penjelasan berkaitan minyak sawit negara di luar negara khususnya di London baru-baru ini dilihat memberangsangkan.

“Sebagai contoh, baru-baru ini saya menyampaikan ucapan kepada ketua-ketua industri di London tentang manfaat minyak sawit, sambil memberi penjelasan tentang berita palsu mengenainya, selaras dengan kempen global untuk menerangkan kebaikan minyak sawit.

“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan saya percaya minyak sawit Malaysia bukan sahaja akan mendapat penerimaan yang lebih tinggi malah mungkin menjadi minyak masak yang dominan dalam pasaran bukan tradisional seperti Eropah,” tambah beliau.

Sebagai rekod, Suruhanjaya Eropah (EC) pada Mac 2019 secara rasmi meluluskan langkah menghentikan penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit secara berperingkat menjelang 2030.

Ini bermakna negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) ketika ini masih boleh mengimport dan menggunakan biodiesel berasaskan minyak sawit pada masa sekarang, tetapi ia tidak lagi dianggap sebagai bahan api boleh diperbaharui atau layak untuk mendapat subsidi tambahan. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2022/07/05/eksport-biofuel-sawit-terendah-tahun-ini-zuraida/
Sumber: Malaysia Gazette

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 8:44 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.