Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

LADA: Nang Ori ke pasaran global

18 Feb 2022 2 paparan



KUCHING: Syarikat pengeluar produk berasaskan lada hitam dari Sarawak, Joeyees Trading Sdn. Bhd. melancarkan produk terbaharunya Black Pepper White Coffee sempena Expo Gulf Food Dubai 2020.

Pengasas syarikat dan produk Nang Ori, Awaeang Kwasin berkata, produk terbaharu syarikatnya itu dijangka akan turut dijual semasa Expo Gulf Food Dubai 2021.

Katanya, Black Pepper White Coffee merupakan produk minuman White Coffee campuran Black Pepper pertama di Malaysia dan dunia.

“Semoga dengan pelancaran produk baharu ini akan mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan penggemar kopi seluruh dunia, sekali gus mempromosikan jenama Nang Ori di pasaran antarabangsa dan tempatan,” katanya dalam ke­nyataan sempena pelancarkan produk terbaharu syarikatnya di Dubai, semalam.

Jenama Nang Ori merupakan rangkaian produk yang dihasilkan daripada lada hitam, khususnya dari Sarawak.

Sebelum ini syarikat ber­kenaan turut mengeluarkan pelbagai seperti Black Pepper Milk Tea with Dates dan Black Pepper Coffee with Tongkat Ali dan Black Pepper Cafe Latte with Honey, minyak urut lada hitam Sarawak, Gel & Spray lada Sarawak dan pelbagai produk masakan yang berasaskan lada Sarawak.

Pada masa sama, syarikat itu juga sebagai pemborong, pengeluar dan pengeksport lada Sarawak untuk pasaran dalam negara dan juga luar negara.

Awaeang turut melahirkan rasa bangga beliau kerana dapat memperkenalkan produk-produk Nang Ori ke pasaran antarabangsa (Expo Gulf Food Dubai 2020).

“Untuk Expo Gulf Food pada kali ini, saya rasa amat bertuah kerana diberi peluang untuk memperkenalkan produk Lada Sarawak, lada terbaik dunia, sekali gus memperkenalkan produk-produk Nang Ori

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Matrade Malaysia kerana memberi peluang kepada kami untuk menyertai Expo Gulf Food Dubai 2022 dalam kami usaha mengembangkan perniagaan di peringkat antarabangsa,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/ekonomi/2022/02/nang-ori-ke-pasaran-global/
Sumber: Utusan Malaysia

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 9:33 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.