Siaran Media

Arkib Berita

KENYATAAN MEDIA : 26 SEPTEMBER 2019

26 Sep 2019 3 paparan

jata4
KENYATAAN MEDIA

KEMENTERIAN INDUSTRI UTAMA
PELAKSANAAN PENGECUALIAN KHAS DUTI EKSPORT KE ATAS MINYAK ISIRUNG SAWIT MENTAH (CPKO) DAN MINYAK ISIRONG SAWIT DIPROSES (RBDPKO)


Kementerian Industri Utama akan melaksanakan Pengecualian Khas Duti Eksport Ke Atas Minyak Isirung Sawit Mentah (CPKO) dan Minyak Isirong Sawit Diproses (RBDPKO) bermula 1 Oktober 2019 sehingga 30 Jun 2020.

2. Pelaksanaan pengecualian khas duti eksport ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kadar eksport CPKO dan RBDPKO ke luar negara dan seterusnya akan membantu mengurangkan stok CPKO di pasaran tempatan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Tambahan lagi, pengecualian ini akan bertindak sebagai pemangkin dalam meningkatkan eksport CPKO dan RBDPKO melalui syarikat-syarikat baru dan pemain industri sedia ada ke luar negara dan secara tidak langsung akan membantu meningkatkan harga minyak sawit negara. Di samping itu, pelaksanaan ini juga dilihat sebagai pendekatan untuk menggalakkan pihak industri sawit untuk mengeluarkan produk-produk hiliran yang bernilai tambah tinggi.

3. Dalam hubungan ini, Kementerian Industri Utama melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia akan memantau dan mengawal selia jumlah
pengeksportan CPKO dan RBDPKO setiap bulan bagi memastikan bekalan yang mencukupi untuk kegunaan industri tempatan. Pengecualian khas ini boleh ditarik balik dan diberhentikan serta-merta. Selain itu, Kementerian akan terus melaksanakan langkah-langkah yang bersesuaian bagi memperkukuhkan harga minyak sawit melalui pengecualian ini di pasaran tempatan.

Kementerian Industri Utama
26 September 2019

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

ยท Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:52 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.