Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

GETAH: Malaysia hilang RM15 bilion jika tukar tanaman getah kepada sawit

05 Okt 2022 6 paparan



KOTA BHARU: Malaysia akan kehilangan sumber pendapatan lebih RM15 bilion setahun menerusi industri getah sekiranya pekebun membuat keputusan menukar tanaman itu kepada kelapa sawit susulan kejatuhan harga komoditi berkenaan ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM), Kameruzaman Ab. Rahman berkata, sebagai pengeluar getah asli berkualiti tinggi, tindakan itu memberi kesan kepada negara yang merupakan salah satu pengeksport utama komoditi itu di dunia.

Katanya, pada masa yang sama, negara bakal kehilangan pelaburan dari luar negara jika perubahan itu berlaku.

“PUGBM tidak menolak kemungkinan sektor berasaskan getah ‘gulung’ tikar sekali gus menyaksikan kadar pengangguran dalam negara terus meningkat.

“Bukan itu sahaja, kita terpaksa mengimport bekalan getah bagi penuhi keperluan sektor perkilangan domestik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kameruzaman berkata, situasi itu menyebabkan kos perkilangan komoditi tersebut menjadi semakin tinggi kerana getah keluaran Malaysia di bawah jenama Standard Malaysia Rubber (SMR) sememangnya diperakui di peringkat dunia.

Beliau berkata, PUGBM mencadangkan harga lantai dinaikkan kepada RM3.00 per kilogram (kg) sekiranya pekebun kecil getah boleh menghasilkan pengeluaran melebihi 1.5 metrik tan satu hektar setahun.

Katanya, kerajaan juga disaran menambah insentif sebanyak RM0.25 per kg sekaligus menjadikan nilai insentif kepada pekebun kecil sebanyak RM3.25 per kg.

Sementara itu, beliau berkata, PUGBM mahu kerajaan memberi subsidi kepada pekebun dalam pembelian jentera ringan yang dilihat sebagai satu keperluan bagi membantu golongan berkenaan meningkatkan hasil pengeluaran komoditi itu pada masa akan datang.

“Kemudahan ini secara tidak langsung membolehkan pekebun menyelenggara kawasan kebun mereka dengan sempurna menjadikan pokok getah dapat menghasilkan susu lebih berkualiti.

“Subsidi itu boleh disalurkan menerusi koperasi-koperasi pekebun getah termasuk menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan lain dalam memberikan latihan berkait dengan pengendalian jentera,” katanya. – UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/10/malaysia-hilang-rm15-bilion-jika-tukar-tanaman-getah-kepada-sawit/
Sumber: Utusan

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 7:02 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.