Berita Agrikomoditi

Arkib Berita

AGRIKOMODITI:RM128 juta daripada empat MoU sektor agrikomoditi

26 Jan 2022 1 paparan

Zuraida pada majlis pemeteraian empat memorandum persefahaman (MoU) sempena Minggu Agrikomoditi Mampan di Malaysia Pavilion, Dubai, semalam. - FB Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menganggarkan unjuran perolehan dalam sektor agrikomoditi berjumlah RM128 juta melalui kerjasama antara agensi di bawahnya dan syarikat tempatan dengan pemain industri luar negara.

Berdasarkan kenyataan KPPK, unjuran itu dijangka diperoleh melalui empat memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani sempena Minggu Agrikomoditi Mampan di Malaysia Pavilion, Dubai, semalam.

Tiga MoU daripada sektor kayu-kayan adalah antara Etlingera Sdn Bhd & Aromogy Trading LCC; Etlingera Sdn Bhd & Malaccencis Sdn Bhd serta Persatuan Pengeksport Kayu Malaysia dan Sharjah Port Authority iaitu pelabuhan yang berpangkalan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Menurut KPPK, MoU membabitkan sektor kenaf pula membabitkan Kenaf Venture Global dan Kementerian Perencanaan Pembangunan Nasional Republik Indonesia (BAPENAS).

"KPPK menerusi agensi dan majlis di bawahnya, bersama-sama dengan beberapa syarikat tempatan menandatangani MoU, memorandum perjanjian (MoA), memorandum kerjasama (MoC) dan perjanjian usahasama sewaktu pelancaran Minggu Agrikomoditi Mampan itu.

"Unjuran perolehan hasil daripada empat MoU yang ditandatangani membabitkan pemain industri dalam sektor agrikomoditi adalah dianggarkan berjumlah RM128 juta," kata kenyataan itu.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin menerusi lawatan kerja rasminya ke Ekspo Dubai turut menyaksikan majlis pertukaran MoU membabitkan syarikat berkenaan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/915685/rm128-juta-daripada-empat-mou-sektor-agrikomoditi
Sumber: Berita Harian

Artikel Berkaitan

Wira Komoditi

Sembang dengan Wira Komoditi

· Pembantu Digital Portal Rasmi

Wira Komoditi

Wira Komoditi

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Wira Komoditi, Pembantu Digital anda. Apa yang boleh saya bantu?

4 November 2026, 8:43 Pagi

Sila daftar sebelum bertanya

Soalan dan jawapan anda akan dihantar ke emel anda apabila anda menamatkan sesi.

Butiran, soalan dan alamat IP anda disimpan selama 365 hari untuk menjawab pertanyaan anda dan menambah baik perkhidmatan ini, kemudian dipadam.

Wira Komoditi

Wira Komoditi sedang menaip...

Komited menjaga kualiti perkhidmatan anda.