PETALING JAYA: Kementerian Peladangan dan Komoditi (KPK) serta Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) bekerjasama mempromosi industri sawit Malaysia bagi menjadikan minyak sawit sebagai pilihan utama kepada masyarakat dunia.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pengeluaran minyak sawit amat penting bagi ekonomi Malaysia.

“Menerima kunjungan hormat daripada CPOPC untuk mengukuhkan kerjasama dan perbincangan bagi manfaat industri sawit Malaysia dan Indonesia.

“Kami turut berbincang bagaimana kedua-dua negara boleh memperjelas serta memperluaskan maklumat kepada global mengenai industri sawit Malaysia dan Indonesia yang mempunyai standard begitu tinggi dalam pengeluaran minyak sawit,” katanya dalam satu hantaran dalam media sosial.

Untuk rekod, Malaysia merupakan pengeluar sawit kedua terbesar di dunia selepas Indonesia.

 

https://www.utusan.com.my/berita/2024/02/kpk-cpopc-kerjasama-promosi-sawit-malaysia/

 

Sumber : Utusan